BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 1, 2009

Bahan-bahan membuat nasi lemak

- 2 pat beras(dibersihkan)
-1 setangah kelapa(santan kelapa secukupnya)
-3 biji telur rebus.
-1 helai daun pandan.
-sedikit garam.
-kacang goreng.
-iakn bilis goreng&timun.


Bahan sambal tumis


-300gm iakn bilis goreng.
-1 biji bawang besar(dihiris bulat)
-20 tangkai cili kering.
-10 ulas bawang merah(dikisar)
-sedikit belakan.
-sedikit asam jawa&daram.
-gula&minyak masak.


cara membuatnya:

1.masukan beras,garam,daun pandan dan satan secukupnya ke dalam periuk.masak hinga kering

2.panas kan minyak masak di dalam kuali.Tumiskan bahan(A) hinga karing.tuangkan air asam jawa secukupnya.

3.Apa bila mendidih,masukan bawang bersar,gula,garam dan iakn bilis goreng.masak hinga sambal pebat.

4.cara menghidangi sedukkan nasi lemak ke dalam pingan.bubukan samabl tumis,kacang goreng,ikan bilis goreng timun dan telur rebus.

5.sesuai saja dihidangkan dengan sambal kering,sambal sotong,sambal udang atau samabl ayam.

Foodlogo.svg Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Hidangan nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran orang Malaysia.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.
Isi kandungan
[sorok]

* 1 Pemakanan Asal
* 2 Makanan popular
* 3 Nasi Lemak dan Diet
* 4 Kontroversi
* 5 Rujukan

[sunting] Pemakanan Asal

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
[sunting] Makanan popular

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.
[sunting] Nasi Lemak dan Diet

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.
[sunting] Kontroversi

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.[1]

Nasi lemak yang biasa terdapat di warung tepi jalan, berlauk sambal ikan bilis.